Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat hakim kanan dakwaan 'berbogel atas katil'
Diterbitkan:  Jan 12, 2022 12:16 AM
Dikemaskini: 4:22 PM

Polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang hakim kanan selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin pada 2020.

Menurut laporan berita, polis daerah Ampang sedang menyiasat kes itu selepas wanita berkenaan membuat laporan mendakwa dia menemui hakim terbabit dalam keadaan berbogel di atas katilnya.

Insiden itu didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim melawat rumah wanita itu, di mana dia tinggal bersama suaminya yang terbaring di katil.

"Kami sedang menyiasat," kata Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak, seperti dipetik oleh The Malaysian Insight.

Menurut laporan tersebut, Farouk berkata mereka pada awalnya telah menyerahkan kertas siasatan itu yang kemudiannya dihantar semula oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Satu lagi portal berita, Free Malaysia Today sebelum ini melaporkan kejadian itu dengan memetik laporan polis yang dilihatnya.

Ia menyatakan hakim terbabit didakwa meminta kebenaran wanita itu untuk menggunakan bilik tidurnya bagi tujuan menunaikan solat.

Pun begitu, apabila hakim itu tidak keluar dalam masa yang lama, wanita tersebut telah masuk untuk memeriksa sebelum mendapati dia berbaring di atas katilnya dalam keadaan berbogel.

Lelaki itu dikatakan kemudian keluar dari rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3 pagi.

Lihat Komen
ADS