COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 4,046 kes baru Covid-19 dikesan. Ia menjadikan jumlah kumulatif menjadi 2,824,973.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini merupakan jumlah yang tertinggi dalam 34 hari - atau sejak 18 Dis tahun lalu.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menurun sebanyak 19.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 20) apabila 3,764 kes baru dilaporkan adalah seperti berikut:

Selangor: 894

Kuala Lumpur: 476

Johor: 414

Kelantan: 360

Kedah: 275

Sabah: 256

Pahang: 244

Pulau Pinang: 225

Negeri Sembilan: 218

Melaka: 167

Perak: 124

Terengganu: 65

Putrajaya: 20

Sarawak: 14

Perlis: 11

Labuan: 1