Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengamal media berkumpul di IJN untuk perkembangan terkini Dr M

Beberapa pengamal media berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sedang menerima rawatan di situ.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyaataan media mengenai perkara itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan.

Pada 8 Jan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS