Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mohd Amar sokong kenyataan pengarah perhutanan Kelantan
Diterbitkan:  Jan 25, 2022 6:50 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah dilaporkan menyokong kenyataan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berhubungan isu 'pembalakan baik untuk populasi harimau'.

"Pembalakan yang teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara membantu pengurusan dan kestabilan hutan.

"Yang dia (Abdul Khalim) sebut itu betul, ada kajian orang buat, WWF (Dana Hidupan Liar Sedunia)

"Berdasarkan pandangan itu makna pembalakan ini maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar, banjir dan lain-lain.

"Semua itu tak betul, kita amalkan 'sustainable logging' (pembalakan mampan)," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Difahamkan dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalim yang menjelaskan aktiviti pembalakan baik kepada populasi harimau.

Menurut pengarah perhutanan negeri itu, kesan pembalakan akan menyebabkan anak-anak pokok baru tumbuh yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau.

"Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau," katanya, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Amar yang juga naib presiden PAS dipetik sebagai berkata, sekiranya pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa binatang liar lain seperti gajah, beruang dan sebagainya tidak berkeliaran di perkampungan Orang Asli.

Jelasnya, hutan simpan dibahagikan kepada dua iaitu hutan simpan perlindungan dan hutan simpan pengeluaran yang dikhususkan untuk aktiviti pembalakan dan terikat dengan peraturan catuan tebangan.

Lihat Komen
ADS