Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pua mohon rujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

PARLIMEN l Ahli parlimen pembangkang Tony Pua (Pakatan Harapan-Damansara) mahu Najib Razak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat semasa membahaskan titah diraja semalam.

Katanya, Najib sebenarnya melakukan kesalahan fakta dalam beberapa isu yang dibangkitkannya khususnya mengenai 1MDB, pengambilalihan loji pengeluar tenaga bebas (IPP) dan nilai aset Bandar Malaysia.

“Saya ingin rujuk MP Pekan kepada kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat 36 (12)..

“Perkara ini sudah disampaikan ke pejabat speaker dalam bentuk surat,” katanya.

Peraturan Mesyuarat 36 (12) menyatakan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Menurut Pua, apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu semalam bukan sahaja mengelirukan, malah perbuatannya menghina Parlimen.

“Ini boleh disifatkan sebagai menghina majlis, secara spesifik dia telah hina Dewan (Rakyat) dalam beberapa perkara,” katanya.

Pua berkata Najib silap apabila berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan untuk membayar balik jumlah prinsipal hutang 1MDB.

“Ini adalah palsu, kerana kerajaan telah bayar RM8.8 bilion dan faedah semasa beliau jadi menteri kewangan,” katanya.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon kemudian berkata speaker Azhar Harun mempertimbangkan surat permohonan Pua itu dan memberi jawapan sewajarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS