DAP dakwa MCA main politik wang kerana derma RM5,000 pada surau
Dikemas kini dengan berita penuh.
Pengurus kempen calon DAP di Paloh Sheikh Omar Ali mendakwa parti lawan daripada MCA Lee Ting Han terlibat dalam politik wang.
Abdul Majid Abd Aziz berkata demikian setelah muncul video menunjukkan wakil sebuah surau berterima kasih kepada Lee kerana menderma RM5,000, ketika waktu berkempen dalam pilihan raya Johor.
"Politik wang dan tindakan rasuah ini telah mencemarkan keseluruhan prosedur pilihan raya negeri Johor, khususnya bagi kempen di kawasan Paloh.
"Ini adalah rupa sebenar BN yang hanya dapat meraihkan sokongan dengan menyampaikan wang sogokan," kata Abdul dalam kenyataan hari ini.
Ketika dihubungi, Lee memberitahu bahawa sumbangan itu bukan daripadanya.
"Saya tidak pernah memberi atau bersetuju untuk memberikan apa-apa seperti yang didakwa. Video itu jelas menunjukkan saya mengatakan bahawa saya tidak terlibat," katanya.
Tambahnya, dia akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana satu laporan polis telah dibuat.
Dalam video itu, wakil surau itu dilihat berterima kasih kepada Lee untuk RM5,000 dan Lee menjawab bahawa wang itu datang daripada jawatankuasa Umno tempatan.
Wakil itu kemudian berkata tidak mengapa dan asalkan mereka menerima wang yang akan digunakan untuk membeli kerusi dan meja untuk Ramadan.
Dia turut mengumumkan kepada orang ramai di surau bahawa makanan yang dihidangkan kepada mereka ditaja oleh BN dan menjemput Lee bercakap dengan mereka.
Lee kemudian memperkenalkan dirinya sebagai calon BN untuk Paloh dan berkata dia akan dibenarkan berkhidmat kepada rakyat.
Abdul Majid berkata ini adalah satu kesalahan bawah Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang secara langsung atau tidak langsung menawarkan atau menjanjikan wang atau balasan berharga kepada pengundi untuk mempengaruhi keutamaan mengundi mereka disifatkan sebagai rasuah dan boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000.
Abdul Majid berkata dia telah membuat laporan dan berharap polis dan SPRM akan meneliti perkara itu dan "menghalang MCA daripada mencemarkan pilihan raya Johor dengan politik wang".

