Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Peratusan keluar mengundi akan diumum bersama keputusan rasmi
Diterbitkan:  Mar 12, 2022 10:38 AM
Dikemaskini: 10:22 AM
  • Di kemas kini.

PRN JOHOR | Sebanyak 50 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat empat petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratusan terkini akan akan dimaklumkan malam nanti semasa pengumuman rasmi keputusan dibuat.

Malaysiakini membawakan kepada anda keputusan secara langsung.

Bernama melaporkan pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi, walaupun pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi.

Antara yang terawal keluar mengundi ialah dua bekas menteri besar Johor, Mohamed Khaled Nordin dan Sahruddin Jamal.

Khaled yang tidak bertanding pada pilihan raya kali ini mengundi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang bagi kerusi DUN Permas, manakala Sahruddin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) Bukit Kepong mengundi di SJK Cina Lenga, Pagoh di Muar.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin pula tiba di SMK Sri Muar, Johor pada pukul 9.05 pagi dan selesai mengundi pada pukul 9.16 pagi bersama isterinya Noorainee Abdul Rahman.

Sebanyak 1,021 pusat pengundian dibuka bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pada PRN kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada 4 petang hari ini.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang.

Pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran pula akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS