Banjir naik semula di Johor
Paras air naik semula di beberapa kawasan di Johor ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu, menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkatkan kepada 60,156 pagi ini dan beberapa batang jalan ditutup.
Paras air naik semula di beberapa kawasan di Johor ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu, menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkatkan kepada 60,156 pagi ini dan beberapa batang jalan ditutup.
Mereka terdiri daripada 25,669 mangsa di Batu Pahat, Muar (19,723), Kota Tinggi (6,380), Segamat (3,609), Potian (57), Mersing (780), dan Kluang (571) dan Johor Bahru (3,367).
Hujan sehingga jam 7 pagi ini menyebabkanmangsa yang dipindahkandi Johor Bahru meningkat kepada 3,367 berbanding 1,208 malam tadi. Pagi semalam semua mangsa banjir di Johor Baharu telah dibenarkan pulang, demikian menurut laporan Bernama.
Pusat perpindahan yang dibuka semula di daerah itu masih lima, iaitu Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze, Dewan Sengkang, Masjid Jamek Kampung Lorong Arif, Sekolah Agama Cahaya Masai dan Balairaya Kampung Bukit Pulai.
Manakala Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Tun Habab, KM29 Jalan Kota Tinggi-Johor Baharu, Batu 10 Mawai-Sedili, Jalan Lukut dan Jalan Kampung Panti di Kota Tinggi ditutup kerana dinaiki air sedalam 0.5 meter.
Di Segamat pula, laluan yang ditutup ialah Jalan Segamat-Tangkak, Km54 Jalan Segamat-Kuantan, Km3 Jalan Muar-Segamat, Batu 8 Jalan Muar-Jementah dan Jalan Segamat-Yong Peng manakala di Batu Pahat melibatkan Jalan Tongkang Pecah-Parit Jalil, Batu 5 Jalan Yong Peng-Parit Sulong dan Jalan Parit
Karjo-Senggarang.
Pahang, Melaka pulih
Jalan-jalan lain yang turut ditutup ialah Batu 1 Kampung Baru-Parit Sulong, Jalan Parit Terus, Jalan Seri Pasir dan Jalan Yong Peng-Muar manakala di Muar ialah Km3 Jalan Felda Moakil-Labis, Batu 27 Jalan
Pagoh-Labis, Jalan Bukit Kepong-Labis, Jalan Pagoh-Panchor, Jalan Sungai Mati-Muar dan Jalan Muar-Parit Sulong.
Paras air di Sungai Segamat pula kini di tahap amaran (8.65 meter), Sungai Sembrong, Kluang (3.45 meter, amaran), Sungai Skudai (7.53 meter, waspada), Sungai Johor (2.60 meter, amaran), Sungai Tebrau (6.8 meter, waspada) dan Sungai Plentong (1.3 meter, waspada).
Empangan Bekok di Batu Pahat kini di paras 18.57 (melebihi 1.07 meter dari paras bahaya), Empangan Sembrong (12.16 meter, melebihi paras amaran 0.16 meter) dan Empangan Machap (17.19 meter, melebihi paras bahaya 0.19 meter).
Sementara itu, keadaan banjir di Pahang dan Melaka semakin pulih. Di Pahang, jumlah mangsa banjir di 16 pusat pemindahan di dua daerah berkurangan kepada 1,267 berbanding 2,085 malam tadi.
Sehingga jam 8 pagi ini, 447 mangsa masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan di daerah Rompin.
Manakala di Pekan jumlahnya menurun kepada 820 berbanding 1,557 mangsa.
Di Melaka, 3,766 orang masih berada di tujuh pusat pemindahan di Sungai Rambai, Jasin manakala 17 orang di sebuah pusat pemindahan di Melaka Tengah.

