Kerajaan bentang rang undang-undang pindaan perlembagaan
Kerajaan membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk meminda perlembagaan persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan kelayakan keluarga diraja sebagai pengundi.
Pindaan itu bertujuan mengecualikan Perkara 119 kepada raja-raja dan kerabat terdekat baginda, melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
Pada 2019, Perkata 119 telah dipinda untuk mengurangkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Setiap orang yang genap 18 tahun akan dimasukkan ke dalam senarai pemilih oleh SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).
Pindaan ini lebih dikenali sebagai Undi18.
Pindaan terbaru ini mencadangkan akta itu berkuat kuasa pada 15 Disember 2021- tarikh yang sama dengan penguatkuasaan Undi18.
RUU ini adalah pindaan perlembgaan kedua dibentangkan oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, pindaan melibatkan kedudukan Sabah dan Sarawak lulus dengan sokongan 199 anggota parlimen, jauh melebihi sokongan minimum 148 yang diperlukan.






