Mengapa kami suka restoran mamak...
Apakah istimewanya restoran mamak? Lazat sangatkan masakannya hingga ramai yang 'ketagih' dengan roti canai, kari kepala ikan serta teh tariknya. Atau ada aspek lain yang menambat hati pelanggan untuk terus menerus mengunjunginya selama 24 jam?
Apakah istimewanya restoran mamak? Lazat sangatkan masakannya hingga ramai yang 'ketagih' dengan roti canai, kari kepala ikan serta teh tariknya. Atau ada aspek lain yang menambat hati pelanggan untuk terus menerus mengunjunginya selama 24 jam?
"Saya memang gemar masakan restoran mamak kerana sesuai dengan selera dan kehendak saya. Tambahan pula macam-macam ada di sini, banyak pilihan,"kata Che Ahmad Che Adam (kanan), pelanggan setia sebuah restoran mamak di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menurutnya, lebih menarik lagi restoran mamak ada di mana-mana sahaja, ini memudahkan para pelanggan.
Beliau yang bekerja sendiri berkata, walaupun harga yang dikenakan di restoran mamak agak mahal berbanding restoran atau gerai orang Melayu, tetapi ia berpadanan dengan dengan mutu perkhidmatan dan keselesaan yang disediakan.
"Harga tidak menjadi masalah sangat. Dengan hanya RM2 sudah cukup untuk menikmati sarapan, sekeping roti canai dan secawan teh tarik," ujarnya ketika ditemui.
Katanya lagi, restoran mamak sekarang sangat 'up todate', lengkap dengan saluran Astro berskrin besar dan pekerja yang berpakaian seragam.
Beroperasi 24 jam
"Ini menjadi tarikan utama pada waktu malam kerana pelanggan boleh bersantai sambil makan malam. Ini amat selesa kerana pengunjung dapat mengikuti siaran bola sepak luar negara dari skrin besar yang disediakan.
"Lebih penting kerana restoran mamak beroperasi 24 jam sehari dan ini memudahkan wargakota terutama pelajar dan orang bujang untuk makan walaupun pada larut malam," katanya.
Seorang lagi 'peminat' setia restoran mamak, Mansor Lamin berkata, salah satu keistimewaan restoran mamak ialah layanannya.
"Mereka begitu cepat mengambil cepat tempahan dari pelanggan. Layanan baik ini membuatkan pelanggan merasai mereka dihargai dan akhirnya menjadi pelanggan tetap restoran mamak," katanya.
Mansor juga berpendapat, minuman teh tarik yang dibuat di restoran mamak lebih 'umph' jika dibandingkan dengan teh tarfik restoran orang Melayu.
"Saya tak tahu kenapa, tapi 'kicknya' memang lain..." tambahnya.
Pelbagai pilihan
Seorang lagi pengunjung setiap restoran mamak, Ibrahim Hussin pula menyukai restoran mamak kerana ia menawarkan pelbagai pilihan.
"Sebut apa saja, bukan setakat kari, segala-galanya ada. Kita boleh pilih nasi putih, bariani, roti canai, capati, mi goreng, sup, kuih muih dan masakan Melayu....malah tomyam pun ada.
"Ini memudahkan pelanggan dari pelbagai keturunan untuk menjamu selera di restoran mamak. Berbeza dengan restoran Melaqyu yang selalunya amat terhad pilihannya,"jelasnya.
Beliau juga berpendapat pemilik-pemilik restoran mamak amat prihatin dengan selera pelanggannnya.
"Mereka tahu orang Malaysia suka makan secara 'open air', lalu disusun kerusi meja di luar restoran. Mereka juga sediakan ruang berhawa dingin untuk pelanggan yang mahukan 'privacy'," tambahnya.
Restoran mamak, kata Ibrahim, sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan.
"Saya tidak pernah jumpa pemilik restoran atau pekerjanya yang sombong. Walau bagaimana cerewet pelanggan mereka, mamak tetap senyum," ujar beliau.
Segala-galanya....siappppppppp!

