Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Meluat tengok sikap negatif pada Najib' - Ketua Wanita BN P Pinang
Diterbitkan:  Mar 27, 2022 6:28 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Ketua Wanita BN Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim meluahkan rasa kesal terhadap sikap negatif yang didakwanya ditunjukkan oleh individu tertentu berhubung lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke negeri itu.

Norliza menyasarkan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah dan Adun Komtar Teh Lai Hin yang telah mengeluarkan kenyataan membantah lawatan Najib ke Pulau Pinang pada hari Jumaat.

“Saya meluat dengan sikap negatif kedua-dua pemimpin itu,” kata Norliza, yang juga Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, pada satu kenyataan hari ini.

"PCCC nampaknya hanya mewakili sebahagian kecil daripada peneraju perniagaan Cina di Pulau Pinang yang kaya dan mempunyai hubungan baik.

"Ini menunjukkan betapa pemimpin DAP hanya menumpukan pada hal remeh-temeh," tegasnya.

"PCCC sepatutnya tidak berpihak dalam politik dan menumpukan perhatian kepada perkara berkaitan perniagaan," katanya sambil menuduh Hong menjadi jurucakap DAP.

Ketua Wanita BN Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim.

Semalam, Hong menolak tanggapan bahawa masyarakat Cina menyambut baik lawatan Najib ke negeri itu.

Ini selepas Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Zhang Malaysia Anthony Chang berkata pada satu majlis semalam bahawa dia bagi pihak masyarakat Cina di Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan Najib.

Sementara itu, Norliza juga berkata Teh dilaporkan mengkritik kehadiran pemimpin Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang pada majlis bersama Najib sebagai melangar etika dan prinsip sosial.

“Kenyataan seperti itu yang mengkritik mereka yang hadir adalah tidak wajar.

"Ini menunjukkan betapa pemimpin DAP hanya menumpukan pada hal remeh-temeh," tegasnya.

Norliza juga membidas DAP berhubung pendirian parti itu terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang menerajui pentadbiran persekutuan Pakatan Harapan semasa memegang kuasa buat kali kedua.

ini, jelasnya meskipun DAP kritikal terhadap Dr Mahathir ketika berkuasa buat kali pertama selama 22 tahun.

“Bolehkah DAP mendakwa berprinsip dan menjunjung etika sosial?

"Mereka harus mengelak daripada bercakap mengenai asas moral yang tinggi jika mereka sendiri tidak ada," katanya.

"Tarikan kuat Najib dalam masyarakat Cina di Pulau Pinang jelas menyebabkan PCCC dan DAP tidak dapat tidur malam," tambahnya.

Najib menghadiri majlis rasmi dan acara santai semasa lawatannya ke Pulau Pinang. Acara tersebut kebanyakannya diadakan di kalangan masyarakat Cina di pulau itu.

Ahli Parlimen Pekan itu merupakan penceramah utama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang ke-2.

Dia juga melawat Teoh Kongsi, pasar malam di Jelutong, serta Chew Jetty, dengan gambar-gambar yang dikongsi di laman Facebooknya menunjukkan sambutan hebat oleh sekumpulan penyokong yang mengerumuninya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS