PAS belum putuskan bertanding di Batu Talam
PAS belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, kata Prsidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
PAS belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, kata Prsidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Sebaliknya, kata beliau, PAS akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan parti komponen Barisan Alternatif (BA), parti pembangkang yang lain serta badan-badan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, kata bekas Menteri Besar Terengganu itu, tidak tidak timbul langsung soal PAS memboikot pilihanraya kecil Batu Talam.
Bagaimanapun, kata beliau, PAS tidak terikat dengan keputusan perundingan tersebut.
"PAS akan menghormati keputusan yang dibuat dalam perbincangan tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, di ibupejabat parti itu di Gombak hari ini.
Katanya, PAS juga mahu pilihanraya kecil DUN Batu Talam itu menjadi titik tolak kepada pilihanraya yang adil dan bebas.
Katanya, pilihanraya kec il ini mesti bebas dari penyeleewngan jentera kerajaan,
rasuah dan laporan media yang selama ini berpihak kepad apemerintah.
Suburkan demokrasi
PAS, katanya, mahu amalan demokrasi termasuk pilihanraya, subur dan terus segar di negara ini.
"Perbincangan itu akan diadakan secepat mungkin...tapi jika PAS memutuskan untuk bertanding, calonnya akan diumumkan pada hari penamaan calon pada 16 Januari ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, amalan mengadakan perbincangan sebelum memutus meletakkan calon adalah tradisi dalam pakatan BA yang diterima baik oleh semua pihak.
"Isu demokrasi yang sebenar akan menjadi pegangan utama PAS. Kita akan bincangkan semua aspek dalam perundingan dengan komponan BA tersebut," katanya.
Bagaimanpun, beliau menegaskan bahawa ini tidak bermakna PAS was-was untuk meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Calon PAS dalam pilihanraya kecil itu, adalah pakatan di antara komponen BA," katanya.

