Kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,440,383 dengan adanya pertambahan 3,471 kes semalam.

Bagi kes aktif pula, setakat ini sebanyak 58,437 direkodkan dan secara bandingan dengan 14 hari lalu, ia menurut 50.4 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baru dengan 1,915 kes, diikuti:

WP Kuala Lumpur: 429
Pulau Pinang: 188
Melaka: 149
Perak: 142
Johor: 124
Negeri Sembilan: 120
Kedah: 104
Sarawak: 104
Pahang: 48
Kelantan: 42
Sabah: 40
WP Putrajaya: 37
Terengganu: 14
Perlis: 10
WP Labuan: 5

Sementara itu jumlah korban Covid-19 meningkat enam orang lagi dengan kematian terbaru semalam. Daripada enam mangsa itu, empat mangsa menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat (BID).

Tiga daripada mangsa terbabit meninggal dunia di Selangor, manakala Johor, Melaka, dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sejak minggu lalu purata 8.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 22.8 yang menunjukkan trend menurun.

Sebanyak 543 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada bulan ini, manakala pada bulan lalu seramai 2,235 laporan kematian direkodkan. Pada Feb lalu pula sebanyak 770 kematian dikesan.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,526 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Dalam perkembangan sama, setakat semalam seramai 1,501 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 98 daripadanya berada di unit rawatan rapi.