Mahkamah tolak rayuan ikatjamin Razak Baginda
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan penganalisa politik Abdul Razak Baginda untuk melanjurkan ikatjamin RM1 juta sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan bersubahat membunuh seorang model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan penganalisa politik Abdul Razak Baginda untuk melanjurkan ikatjamin RM1 juta sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan bersubahat membunuh seorang model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pagi ini, mahkamah berkenaan menolak rayuan Abdul Razak supaya mengkaji semula keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu yang tidak ikatjaminnya terhadapnya.
Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas peguambela Abdul Razak, Wong Kian Kheong, gagal memfailkan permohonan secara formal.
Hakim Mahkamah Tinggi itu Datuk K N Segara kemudiannya menetapkan 19 Januari ini untuk mendengar permohonan ikatjamin Abdul Razak, bagi memberi masa kepada peguamnya memfailkan permohonan tersebut.
Abdul Razak kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut kepada Mahkamah Rayuan yang menolaknya hari ini.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang diketuai Hakim Datuk Mokhtar Sidin, hari ini sebulat suara menolak rayuan Abdul Razak itu.
Dihantar ke penjara Sg Buloh
Mokhtar berkata permohonan hari ini masih terlalu awal. Ekoran keputusan hari ini, Abdul Razak, 46, dihantar ke Penjara Sungai Buloh sehingga satu keputusan dibuat mengenai permohonannya.
Abdul Razak telahpun memfailkan permohonan formal bagi ikat jamin yang akan didengar pada 19 Januari ini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli in Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober lalu.
Manakala Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober.
Ketiga-tiga mereka akan dibicarakan pada 10 Mac 2008 di hadapan Hakim Segara.
Sebelum ini, Abdul Razak dibenarkan ikatjamin oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 14 Disember lalu dengan syarat dia menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri setiap minggu di balai polis Brickfields.
Abdul Razak memberi alasan masalah kesihatan dan dia tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Dalam afidavitnya, Abdul Razak berkata, dia perlu menjalani rawatan perubatan.

