Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,579 kes baru, enam lagi korban
Diterbitkan:  Apr 30, 2022 9:30 AM
Dikemaskini: 1:30 AM

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 2,579 kes baru Covid-19, menjadikan kumulatif jangkitan kepada 4,445,897.

Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan enam kematian baru semalam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,542 orang.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,180)
Kuala Lumpur (376)
Pulau Pinang (209)
Perak (175)
Negeri Sembilan (141)
Johor (105)
Melaka (80)
Sarawak (72)
Pahang (58)
Kedah (57)
Sabah (46)
Putrajaya (42)
Terengganu (16)
Kelantan (12)
Perlis (9)
Labuan (1)

Kes aktif kini 50,295, penurunan sebanyak 53.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Enam kematian baru itu dilaporkan di Selangor (3), Perak (1), Sabah (1) dan Terengganu (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 8.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 20.1, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Terdapat 559 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Lihat Komen
ADS