Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Air cukup untuk bomba, walaupun tekanan rendah - AKSB
Diterbitkan:  May 1, 2022 1:15 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Bekalan air cukup ketika kebakaran di Berek 12, Kota Bharu, Khamis lepas, kata Unit Komunikasi Korporat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kelantan (JBPM) mengesahkan bahawa mereka telah menggunakan air yang dibekalkan oleh AKSB melalui  pili bomba berdekatan pasar Berek 12 dan pili bomba berhadapan Perodua  Yamud Berek 12 walaupun bertekanan rendah.

“JBPM juga mengesahkan bahawa mereka mempunyai jentera dan sumber  termasuk air yang mencukupi untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya.

Bekas anggota exco kanan negeri Husam Musa semalam menyoal AKSB mengenai kejadian didakwa bekalan air terputus ketika memadam kebakaran.

"Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 - beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah - adalah satu kejadian yang menyayat hati," dakwa Husam.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima rumah di Berek 12 dilapor hangus akibat terkena mercun manakala empat lagi mengalami kerosakan struktur.

Dalam kenyataan hari ini, AKSB berkata kepulangan perantau untuk menyambut Aidilfitri menambahkan permintaan bekalan air terawat.

Bagaimanapun, katanya, AKSB bersedia meminimumkan gangguan bekalan air terawat kepada pengguna.

“AKSB telah uar-uarkan di media elektronik dan cetak serta media sosial, persediaan awal termasuk penyediaan pelan kontigensi bagi meningkatkan  bekalan air terawat sepanjang perayaan Aidilfitri,” katanya.

Berkaitan Berek 12, AKSB berkata kawatan itu memperoleh bekalan air terawat dari lori rawatan air (LRA) Tg Mas. 

“Bagi mengatasi penurunan pengeluaran di LRA Tg Mas, kerja pembaikian ke atas  empat telaga di LRA Tg,” katanya.

Telaga-telaga tersebut, menurut AKSB dijadual beroperasi dalam minggu ini. 

“Dua buah  telaga telahpun siap dibaiki dan telah beroperasi.

”Terdapat peningkatan  pengeluaran di loji,” katanya.

AKSB memohon kerjasama pengguna dan orang awam menyalurkan  aduan insiden paip pecah atau bocor dengan segera ke  platform aduan rasmi AKSB seperti applikasi myAKSB, Whatsapp (019-575  5777) atau hotline 15777 agar tindakan segera dapat diambil.

Lihat Komen
ADS