Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gaji di Johor mesti sekurang-kurangnya 2/3 dari Singapura
Diterbitkan:  May 1, 2022 4:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Pembangkang menggesa kerajaan Johor menyediakan pekerjaan berkualiti dengan gaji lebih baik sebagai agenda utama aktiviti ekonominya.

Ketua pembangkang negeri Liew Chin Tong berkata jumlah itu sekurang-kurangnya perlu berada pada tahap dua pertiga daripada gaji yang diterima pekerja Malaysia di Singapura.

Sebagai contoh, katanya, jika seseorang pekerja separuh mahir Malaysia di Singapura dibayar SGD$2,000 sebulan, dia tentu sanggup kembali ke tanah air jika majikan Malaysia membayar gaji antara RM3,000 ke RM4,000. 

“Walaupun kurang sedikit daripada gaji di Singapura, pekerja Malaysia akan lebih selesa dan sejahtera apabila dapat bersama keluarga di rumah selepas kerja setiap hari,” kata pengerusi DAP Johor.

Liew berkata untuk mencapai tahap gaji tersebut untuk pekerja separuh mahir, dasar-dasar perlu ditumpukan kepada peningkatan teknologi, automasi dan cabaran revolusi industri keempat (IR4.0). 

“Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga buruh fizikal, terutamanya pekerja asing, dan akhirnya mampu untuk membayar gaji yang lebih baik kepada setiap pekerja Malaysia,” katanya.Dalam perutusan hari buruhnya hari ini, Liew berkata dia faham bahawa perubahan besar struktur gaji dalam ekonomi Johor dan Malaysia tidak akan berlaku dengan sekelip mata.Malah, kata anggota Dewan Undangan Negeri Perling, ia mungkin mengambil masa antara lima ke10 tahun.

“Namun, kita semua tahu bahawa perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah pertama. 

“Dan langkah ini harus bermula sekarang,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS