Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
COVID-19 | Kes bertambah 2,605 lagi, enam korban terbaru
Diterbitkan:  May 11, 2022 9:17 AM
Dikemaskini: 1:17 AM

Berlaku pertambahan 2,605 kes baru Covid-19 yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,463,740.

Sementara itu jumlah kes yang masih aktif pula ialah sebanyak 22,953. Jika dibandingkan dengan 14 hari lalu, kadar itu menunjukkan penurunan sebanyak 60.7 peratus.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri ialah seperti berikut:

Selangor: 1,126
WP Kuala Lumpur: 327
Negeri Sembilan: 195
Pulau Pinang: 174
Melaka: 127
Johor: 126
Kedah: 120
Perak: 120
Sarawak: 74
Pahang: 46
Kelantan: 43
Terengganu: 40
Sabah: 39
WP Putrajaya: 25
WP Labuan: 15
Perlis: 8

Covid-19 juga menyebabkan enam lagi kematian yang dilaporkan kepada KKM semalam, dengan tiga daripadanya kes BID (meninggal dunia sebelum sempat dirawat di kemudahan kesihatan).

Dua daripada mereka meninggal dunia di Kuala Lumpur, manakala selebihnya masing-masing seorang di Johor, Kedah, Perlis dan Selangor.

Sejak minggu lepas, purata 3.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 9.9, yang menunjukkan trend downtrend.

Sebanyak 43 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada bulan ini berbanding 564 pada bulan lalu dan 2,235 pada Mac.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,590 kematian direkodkan setakat ini.

Mengenai pesakit yang sedang menerima rawatan pula, KKM menyatakan, ada 1,250 orang di hospital dengan 67 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS