Rekod jangkitan wabak Covid-19 di negara ini terus meningkat apabila ada 3,321 lagi kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumuliatif bertambah kepada 4,467,061.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 24,850 dan 53.8 peratus lebih rendah berbanding situasi pada 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri ialah:

Selangor: 1,220
WP Kuala Lumpur: 573
Negeri Sembilan: 288
Perak: 221
Pulau Pinang: 208
WP Putrajaya: 182
Melaka: 140
Kedah: 98
Johor: 88
Pahang: 73
Sarawak: 71
Sabah: 57
Terengganu: 42
Kelantan: 37
WP Labuan: 14
Perlis: 9

Sementara itu sebanyak lapan lagi kematian dilaporkan semalam dengan tiga daripadanya kes BID.

Sejak minggu lalu purata 4.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 9.6 dan ini menunjukkan trend menurun.

Sebanyak 51 mangsa dilaporkan korban akibat Covid-19 bulan berbanding 564 orang kematian bulan lalu dan 2,235 kematian pada Mac.

Johor, Kedah dan Pahang masing-masing mencatatkan dua kematian, manakala satu kes berlaku di Negeri Sembilan dan Perak.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,598 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Ketika ini juga sebanyak 1,373 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital termasuk 59 sedang mendapat rawatan rapi.