Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAC minta Jabatan Audit teliti perbelanjaan perubatan k'jaan
Diterbitkan:  May 27, 2022 6:18 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memfailkan permintaan agar Jabatan Audit menjalankan audit terhadap perolehan dan perbelanjaan kerajaan bagi perkhidmatan perubatan semasa pandemik Covid-19.

Ini selepas SPRM mendakwa terdapat unsur rasuah dalam perolehan perubatan ketika negara sedang bergelut dengan wabak itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata audit ke atas perkara ini perlu dilakukan dengan pantas supaya jawatankuasa itu boleh menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

Tambahnya, PAC juga akan memanggil Kementerian Kewangan, SPRM, dan kementerian dan agensi lain yang terlibat untuk memberi taklimat dan menjelaskan perkara berkenaan kepada jawatankuasa itu.

SPRM sedang menyiasat rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan dan penipuan berkaitan peralatan perlindungan perubatan dari segi kuantiti dan kualitinya.

Mereka juga menyiasat rasuah pegawai penguat kuasa semasa perintah kawalan pergerakan sebelum ini dan salah guna kuasa dalam mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan

Pemimpin PKR dan DAP sebelum ini juga menggesa ketelusan dalam siasatan berhubung perkara itu.

Lihat Komen
ADS