Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GRS pertimbang laksanakan keahlian secara terus
Diterbitkan:  May 28, 2022 3:15 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mempertimbang kemungkinan melebarkan lagi penyertaan gabungan itu dengan membuka laluan kepada keahlian terus mana-mana pihak yang berminat.

Pengerusinya Hajiji Noor berkata perkara itu akan dibincangkan pemimpin GRS dan mengusahakan strategi yang sesuai bagi membawa lebih ramai rakyat Sabah bersama-sama mereka.

"Demi menyemarakkan semangat Sabah yang bersatu, saya akan berbincang dengan rakan pimpinan untuk mengusahakan strategi dan pendekatan lain bagi membawa lebih ramai rakyat Sabah bersama dalam perjuangan murni ni.

"Selain keanggotaaan direct membership, penubuhan sayap wanita, pemuda, kita juga wajar menubuhkan segera sayap pelajar," katanya semasa merasmikan GRS di Kota Kinabalu hari ini.

Tambah ketua menteri Sabah itu lagi dia juga agak berbincang penubuhan GRS Plus yang akan membawa bersama pelbagai pihak termasuk parti politi, pertubuhan bukan kerajaan dan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi engan mereka.

"Prasyaratnya, kerbersamaan tu wajib didirikan atas perkongsian matlamat dan pegangan kukuh serta kepatuhan sepenuhnya kepada semangat, agenda, teras dan prinsip GRS," katanya.

Hajiji yang juga bekas pemimpin Umno berkata rakyat Sabah sepatutnya membawa imej perpaduan dan menamatkan segala sengketa yang pernah berlaku.

"Cukup-cukuplah kita berpecah dan dipecahkan. Jangan biarkan perbezaan melebarkan jurang di antara kita," katanya.

Untuk rekod ketika ini GRS dianggotai Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan, BN pula bukan menjadi anggota GRS dan baru-baru ini membayangkan mereka tidak akan menyertai gabungan berkenaan.

Sebelum ini GRS menolak permohonan dua parti lain iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang diketuai Adun Melalap, Peter Anthony, serta Parti Cinta Sabah (PCS) yang dipimpin bekas menteri luar, Anifah Aman.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Perikatan Nasional memenangi 17 daripada 73 kerusi yang ada, diikuti 14 oleh BN dan tujuh PBS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS