PM nafi kerajaan mahu pinjam AS50 bilion
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan laporan bahawa kerajaan mahu mendapatkan pinjaman sebanyak AS$50 bilion (RM175 bilion), sebahagian besarnya dari bank asing untuk membantu membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan laporan bahawa kerajaan mahu mendapatkan pinjaman sebanyak AS$50 bilion (RM175 bilion), sebahagian besarnya dari bank asing untuk membantu membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, memberitahu pemberita, projek-projek di bawah RMK9 akan dibiayai melalui sumber kewangan dalam negeri.
"Saya tidak ingat mengambil sebarang pinjaman. Saya Menteri Kewangan. Kita ada wang," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan mengenai perkara tersebut.
"Saya tahu soalan ini muncul kerana ramai yang menuduh kita tidak ada wang. Kita ada wang yang cukup.
"Ia (RMK-9) akan dilaksanakan berdasarkan wang yang telah kita peruntukkan," katanya.
Bernama melaporkan Perdana Menteri memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Bank Negara Malaysia.
PM yakin
Ditanya sama ada Malaysia akan berhadapan dengan kemelesetan tahun ini dan tahun 2008, Abdullah berkata kerajaan kini lebih yakin yang ekonomi akan berkembang.
Soal pinjaman tersebut pada mulanya dilaporkan oleh blog Malaysia Today . Menurutnya, kerajaan mahu mendapatkan pinjaman berjumlah AS$50 bilion (RM175 bilion), sebahagian besarnya dari bank luar negara, melalui dua buah syarikat swasta, untuk membantu membiayai RMK9.
Kedua-duanya adalah sebuah syarikat tempatan Asasatu Technology Sdn Bhd yang menanggung hutang yang besar dan dalam proses dibubarkan dan sebuah syarikat Australia yang kurang dikenali, Project Equity Services Group (PESG).
Syarikat ketiga, Union Financial Services Corporation sebuah syarikat tidak begitu dikenali yang bepejabat di Sydney, Australia juga dikatakan terbabit dalam urusniaga tersebut.
Hujung minggu lalu, Malaysia T oday menyiarkan beberapa dokumen berkaitan dengan isu tersebut.
Tiga perkara
Ia termasuk surat yang dikatakan dihantar oleh pembantu Menteri Kewangan, Reezal Merican Naina Merican yang menurutnya atas arahan Perdana Menteri kepada Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Gani, bertarikah 15 Jun 2006. Antara lain, Reezal berkata, Pengarah Urusan Asasatu, Zubir Ahmad telah memenui Perdana Menteri dua minggu sebelumnya.
Katanya, Perdana Menteri "difahamkan bahawa syarikat ini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat Pengurus Dana [dinyatakan sebagai Union Financial Services Corporation] dengan cadangan membawa masuk dana asing ke ngara ini".
"Pada dasarnya, Perdana Menteri tiada halangan agar cadangan tersebut dipertimbangkan," tambahnya.
Isnin lalu, malaysiakini melaporakan, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang bertanya sama ada Bank Negara telah meluluskan urusniaga tersebut.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Perdana Menteri mesti memperjelaskan tiga perkara atas nama akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urustadbir yang baik. Berita asal

