Jabatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedang menunggu laporan bedahsiasat ke atas seorang pelatih PLKN yang meninggal dunia Rabu lalu sebelum siasatan dapat dimulakan.

Ketua Pengarah jabatan tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid memberitahu malaysiakini, laporan bedahsiasat itu amat penting bagi menentukan punca kematian that Iliameera Azlan (foto).

"Sehingga ini kami masih menunggu laporan bedahsiasat itu dari Hospital Melaka. Sehingga itu, kita dapat dapat berbuat apa-apa," tambahnya.

Abdul Halim juga memberi jaminan"semuanya berjalan seperti biasa" di Kem PLKN Ayer Keroh.

Menurut laporan akhbar the Star , Iliameera dari Seremban dikejarkanke unit kecemasan Hospital melaka selepas pelatih lain mendapati dia mengalami sesak nafas pada jam 6.30 pagi.

Dilaporkan pihak hospital tidak mendedahkan punca kematiannya walaupun bedahsiasat telah dilakukan tengahari semalam.

Ibubapa bimbang

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, kematian seorang lagi pelatih PLKN itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan ibubapa dan umum mengenai kejadian seumpama ketika program tersebut.

"Parlimen telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin Disember lalu bahawa dalam tempoh tiga tahun lalu, terdapat 17 kematian dalam PLKN lapan pelatih dan sembilan jurulatih. Dengan kes terbaru ini, kes kematian dalam PLKN kini meningkat kepada 18 orang.

"Mengapa begitu tinggi sekali kadar kematian dalam program khidmat negara?" soalnya.

Lim menggesa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab terhadap PLKN supaya mengarahkan siasatan awam dijalankan terhadap kes kematian yang tinggi itu bagi mengurangkan kebimbangan ibubapa mengenai keselamatan anak-anak mereka yang mengikuti program tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ayub Yaakob menolak sebarang perbuatan khianat selepas melawat asrama pelatih di Kem Ayer Keroh, tempat Iliameera ditempatkan.

Menurutnya, siasatan menunjukkan tidak ada aktiviti lasak dijalankan pada malam sebelumnya dan Iliameera juga tidak mempunyai rekod mengidap sebarang penyakit.

Iliameera dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Berita asal