Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isham Jalil ganti Tajuddin?
Diterbitkan:  Jun 24, 2022 12:58 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Bekas ketua penerangan BN Selangor diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertingg Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Perkara itu menimbulkan persoalan sama ada dia akan dilantik menggantikan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat Selasa lalu.

“Saya akan hadir.

“Sebagai ahli Umno dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara,” kata ‘orang kuat’ Najib Razak itu di media sosial.

Tajuddin Abdul Rahman

Malaysiakini telah menghubungi Isham bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Tajuddin digugurkan sebagai ahli majlis kerja tertinggi Umno oleh presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Tajuddin dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam surat bertarikh 21 Jun, yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ketika dihubungi, Tajuddin tidak mengesahkan sama ada dia menerima surat berkenaan.

"Tanya mereka, bukan saya," kata Tajuddin kepada Malaysiakini, secara ringkas.

Tajuddin sebelum ini sering mengkritik Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.

Lihat Komen
ADS