Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Undian tak menyebelahi kerajaan hilang dari Twitter Pejabat PM
Diterbitkan:  Jun 30, 2022 3:43 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Undian berkaitan keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diumumkan Ismail Sabri Yaakob semalam kini tiada lagi di Twitter Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ia hilang kira-kira tiga jam selepas dimuat naik pada jam 12.16 tengah hari tadi, selepas majoriti pengguna maya memberikan maklum balas negatif.

Dalam undian itu, pengguna maya ditanya sama ada mereka bersetuju bahawa pasukan khas terbaru itu mampu menyelaraskan penyelesaikan dalam menangani inflasi dan kenaikan harga barang dengan lebih berkesan.

Setakat jam 3.15 petang, seramai 93.1 peratus daripada 1,503 menjawab tidak setuju.

PM ketika turun padang memeriksa harga barang pada awal minggu ini, gambar hiasan

Hanya 2.7 peratus bersetuju manakala 4.3 peratus lagi tidak pasti.

Pasukan lima menteri bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali itu akan merangka strategi serta menyelaras tindakan berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang.

Isu kenaikan harga barang terus menjadi perhatian ramai dengan pelbagai pihak mendesak kerajaan mengambil langkah segera bagi menangani kesukaran yang sedang dialami rakyat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS