Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,867 kes baru Covid-19, dua meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 1, 2022 9:41 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,867 kes baru Covid-19 semalam.

Bilangan kes baru harian tidak pernah setinggi ini sejak 13 Mei lalu.

Kes aktif kini berjumlah 29,434, meningkat 14.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (906)

Selangor (881)

Negeri Sembilan (168)

Sabah (154)

Perak (143)

Pulau Pinang (119)

Melaka (95)

Johor (79)

Putrajaya (72)

Sarawak (68)

Kedah (63)

Pahang (50)

Terengganu (25)

Kelantan (17)

Labuan (17)

Perlis (10)

Dua lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan kedua-duanya di Selangor.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,765 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,249 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 43 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Sejumlah 551 pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semalam - tertinggi sejak 18 Mei. Bilangan pesakit dalam ICU juga menunjukkan peningkatan sejak seminggu lalu.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (187) diikuti Johor (92) dan Sabah (80).

Lihat Komen
ADS