Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pasukan peguam bela Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang cuba mengetepikan salah seorang saksi perbicaraan membabitkan ahli parlimen Muar itu yang didakwa menyeleweng wang sebanyak RM1.2 juta.

Memaklumkannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, berkata mereka mahu mendapatkan prosiding impeachment ke atas saksi utama pendakwaan, Rafiq Hakim Razali.

Hal itu diberitahu Gobind kepada pesuruhjaya kehakiman yang mengendalikan perbicaraan tersebut, Azhar Abdul Hamid, dengan alasan keterangan lisan Rafiq adalah tidak konsisten.

Prosiding impeachment membabitkan sesuatu pihak cuba mencabar kredibiliti keterangan saksi kerana didakwa tidak bercakap benar atau tidak konsisten.

Sebelum ini, Rafiq memberi keterangan - antara lain - bahawa Syed Saddiq mengarahkan dia 'clear-kan' RM1 juta dana sayap Pemuda Bersatu, susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafiq Hakim Razali

Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan kini dibicarakan atas empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan zamannya sebagai ketua Pemuda Bersatu pada 2020.

Selepas dipecat daripada Bersatu, dia telah menubuhkan parti berasaskan anak muda, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS