Bank pusat Pakistan naikkan kadar kaedah kawal inflasi
Bank pusat Pakistan pada Khamis menaikkan kadar faedah penanda arasnya daripada 13.75 peratus kepada 15 peratus untuk mengawal inflasi dan permintaan dalam negeri.
Menurut Bank Negara Pakistan (SBP), iInflasi meningkat kepada 21.3 peratus pada Jun, paras tertinggi sejak 2008.
Bank pusat menjangkakan inflasi pada tahun kewangan semasa (Julai-Jun) adalah sekitar 18 hingga 20 peratus sebelum "menurun mendadak" semasa fiskal 2024.
Pemangku gabenor SBP Murtaza Syed berkata trend kenaikan harga seperti itu tidak pernah dilihat sejak 1970-an.
“Ia adalah fenomena global, yang turut dialami Pakistan,” katanya.
Beliau berkata tanpa pengetatan dasar monetari negara boleh menghadapi inflasi melampau.
Pada Mei, SBP menaikkan kadar faedah penanda aras sebanyak 150 mata asas (1.5 mata peratusan) kepada 13.75 peratus.
- Bernama

