Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
LFL: Menteri 'hukum' kanak-kanak kerana birokrasi pendaftaran perkahwinan
Diterbitkan:  Jul 16, 2022 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengecam Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berhubung kenyataannya yang dilihat "menghukum" kanak-kanak yang ibu bapa mereka tidak mendaftar perkahwinan.

Pengarah LFL, Zaid Malek berkata demikian mengulas kenyataan Hamzah bahawa ibu bapa perlu mendaftarkan perkahwinan supaya anak-anak mereka mendapat kewarganegaraan.

Menurut Zaid kenyataan tersebut adalah usaha untuk mengalihkan tanggungjawab kerajaan itu kepada orang ramai.

“Pada asasnya, menteri dalam negeri menghukum kanak-kanak yang tidak bersalah kerana masalah birokrasi dan pita merah seperti tidak mendaftar perkahwinan.

“Adalah jelas menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan untuk menafikan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan oleh salah seorang ibu bapa warga Malaysia semata-mata kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan.

“Biarlah kita jelas tentang perkara ini. Bagi setiap kanak-kanak yang berhak mendapat kerakyatan tetapi kekal tanpa kerakyatan, kesalahan terletak pada KDN dan bukannya ibu bapa,” tegasnya.

Hamzah ketika di Kemabong, Sabah, semalam dilapor berkata terdapat mereka yang tinggal di luar bandar tidak memahami kepentingan mendaftarkan perkahwinan sebagai syarat memohon kewarganegaraan untuk anak-anak mereka.

Hamzah juga berkata KDN akan terus mempergiat usaha untuk memberi penjelasan berhubung isu berkaitan kewarganegaraan termasuk kepentingan memohon dokumen pengenalan diri khususnya dalam kalangan rakyat di Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS