Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Demo #Turun: Polis serah kertas siasatan esok
Diterbitkan:  Jul 28, 2022 1:53 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung  perhimpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah pada Sabtu lepas, kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan daripada 27 individu yang disyaki terbabit dalam perhimpunan itu.

"Kita sudah lengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.

 

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sabtu lepas, kira-kira 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik dan beberapa individu berhimpun sambil memegang plakad dan gegantung bertulis “potong gaji menteri”, “turun dan lawan” dan lain-lain.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS