Khabar angin Khalid Ibrahim meninggal dunia tak benar
Diterbitkan: Jul 28, 2022 10:57 PM | Dikemas kini: Jul 28, 2022 11:19 PM
Bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim masih dirawat di hospital di Kuala Lumpur dan berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar.
Satu hantaran di Facebooknya malam ini menafikan maklumat tular yang mendakwa beliau telah meninggal dunia.
“Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.
“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” menurut kenyataan itu.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.