Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kes baru turun bawah 3,000 sejak 24 Julai, sembilan kematian
Diterbitkan:  Aug 1, 2022 9:41 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Kementerian Kesihatan berkata 2,783 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,680,053.

Kes aktif kini berjumlah 45,306, meningkat 7.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri ialah seperti berikut:

Selangor (826)

Kuala Lumpur (473)

Sabah (252)

Perak (242)

Negeri Sembilan (234)

Pulau Pinang (216)

Kedah (114)

Melaka (114)

Johor (89)

Putrajaya (65)

Sarawak (56)

Pahang (38)

Kelantan (32)

Terengganu (18)

Labuan (11)

Perlis (3)

Sementara itu semalam juga sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan, dengan empat daripada mangsa terbabit meninggal dunia di luar kemudahan kesihatan.

Kes kematian dilaporkan di Selangor (3), Kedah (1), Perak (1), Pulau Pinang (1), Sabah (1), Sarawak (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sejak minggu lepas, purata 7.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 6.6, yang menunjukkan trend meningkat.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,969 kematian akibat Covid-19 direkodkan di negara ini.

Terdapat 204 kes kematian dilaporkan bulan lalu, berbanding 89 kes pada Jun.

Kementerian Kesihatan juga merekodkan sehingga semalam ada seramai 1,477 pesakit sedang menerima rawatan di hospital termasuk 54 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.

Bilangan kemasukan tertinggi dilaporkan di Selangor (112) diikuti dengan Sabah (74) dan Johor (69).

Lihat Komen
ADS