Wartawan veteran dan bekas subeditor Malaysiakini, Sugumaran Krishnasamy, yang mesra dikenali sebagai Sugu, meninggal dunia hari ini.

Dia berusia 78 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir.

Mendiang meninggalkan isterinya Michele Lebibi Althaus dan dua anak.

Sugumaran memulakan kerjayanya sebagai wartawan di New Straits Times pada pertengahan 1960-an sebelum berpindah ke beberapa organisasi berita lain di Malaysia dan Thailand.

Mendiang juga antara pengarang pertama menyertai The Star apabila ia dilancarkan pada 1971, dan merupakan pengarang kanan organisasi media itu pada 1987 apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menutup akhbar itu dan tiga yang lain semasa Ops Lalang.

Mendiang menyertai Malaysiakini pada 2009 sebagai subeditor.