Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,927 kes baru, enam lagi kematian
Diterbitkan:  Aug 6, 2022 1:30 AM
Dikemaskini: 1:30 AM

Sebanyak 3,927 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,701,140.

Jumlah kes aktif sebanyak 46,506, turun 6.1 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (1,052)

  • WP Kuala Lumpur (981)

  • Perak (324)

  • Sabah (315)

  • Pulau Pinang (232)

  • Negeri Sembilan (231)

  • Melaka (155)

  • Johor (128)

  • Kedah (121)

  • Sarawak (99)

  • WP Putrajaya (96)

  • Pahang (93)

  • Kelantan (49)

  • Terengganu (32)

  • Perlis (12)

  • WP Labuan (7)

Sebanyak enam lagi kematian dilaporkan, dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 7.6 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 7.2 orang yang menunjukkan aliran menaik.

Terdapat 204 laporan kematian bulan lepas dan 89 kematian pada bulan Jun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,009 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Berikut negeri dengan kes kematian: Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), WP Kuala Lumpur (1).

Seramai 1,587 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital, dengan 52 orang sedang mendapat rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS