Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai Taiwan ketuai projek buat peluru berpandu ditemui mati di hotel

GLOBAL | Timbalan ketua unit penyelidikan dan pembangunan Kementerian Pertahanan Taiwan ditemui mati pada pagi Sabtu di sebuah bilik hotel, menurut Central News Agency (CNA).

Ou Yang Li-hsing, timbalan ketua Institut Sains dan Teknologi Chung-Shan Kebangsaan milik tentera, ditemui mati di sebuah bilik hotel di selatan Taiwan pada pagi Sabtu, lapor CNA.

Laporan itu juga berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian berkenaan.

Ou Yang sedang dalam perjalanan perniagaan ke daerah selatan Pingtung, kata CNA, sambil menambah dia telah menyandang jawatan itu sejak awal tahun ini untuk menyelia pelbagai projek pengeluaran peluru berpandu.

Badan milik tentera itu berusaha untuk menggandakan kapasiti pengeluaran peluru berpandu tahunannya kepada hampir 500 buah pada tahun ini.

Taiwan sedang meningkatkan kuasa tempurnya di tengah-tengah apa yang dilihatnya sebagai ancaman ketenteraan China yang semakin meningkat.

(Laporan oleh Yimou Lee)

- Reuters

Lihat Komen
ADS