‘Umno tidak boleh buat perjumpaan, nanti macam-macam orang spekulasi’
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menafikan terdapat usul khusus yang dikatakan dibincang dalam mesyuarat tergempar semasa pertemuan kepemimpinan tertinggi parti bersama ketua bahagian di Kuala Lumpur, semalam.
Sebaliknya, Mohamad berkata, pertemuan di Pusat Dagangan Dunia (WTC)itu adalah hanya perjumpaan biasa dan tidak membabitkan apa-apa usul.
“Umno ini tidak boleh buat perjumpaan. Nanti orang buat macam-macam spekulasi. Tidak boleh kami duduk sama-sama, orang cemburu hati dengan kita.
“Parti lain pun kumpul hari-hari, tiada pula tanya. Bila orang Umno kumpul, ada yang kata itu ini,” katanya yang dipetik oleh Bernama.

Mohamad juga ditanya mengenai pertemuan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasminya di Seri Perdana malam semalam.
Katanya, perjumpaan itu lebih kepada sesi taklimat berkaitan perjalanan parti.
Sebuah portal media semalam mendakwa mesyuarat tergempar di ibu pejabat Umno, semalam, gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak perdana menteri supaya campur tangan dalam kes mahkamah dihadapi Najib Razak.
Laporan yang memetik sumber dalaman itu mendakwa bahawa sebahagian besar ketua bahagian Umno yang hadir pada mesyuarat itu menolak cadangan agar perdana menteri mencampuri kes rasuah SRC yang membabitkan Najib.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/c5762e095d914badf92e0f60605fc370.jpg)

/file/1279/f510483a8ad2727f933a8fec49828b4d.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/fdac2fdf2b1285dbc0916aa17fcbc06e.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/d9528a0a4322115a531a59361d1dea48.jpg)