Muda-mudi Islam tidak digalak sambut Hari Valentine
Esok tanggal 14 Februari merupakan hari Valentine atau Hari Kekasih disambut oleh pasangan muda-mudi di seluruh dunia.
Esok tanggal 14 Februari merupakan hari Valentine atau Hari Kekasih disambut oleh pasangan muda-mudi di seluruh dunia.
Sehubungan itu, akhbar Oriental Daily melaporkan, beberapa pemimpin agama Islam di Malaysia dan Brunei menasihatkan muda-muda Islam supaya tidak turut menyambut Hari Valentine.
Menurut mereka, hari Valentine disambut di negara Barat di mana nilai-nilai mereka adalah bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Meskipun tiada peraturan dan undang-undang yang melarang orang Islam menyambut Hari Valentine tetapi mereka bimbang muda-mudi Islam mungkin melakukan perbuatan maksiat pada hari berkenaan.
Rondaan larangan main mercun
Akhbar Nanyang Siang Pao pula melaporkan bahawa anggota polis akan ditugaskan menjalankan rondaan di semua kawasan majoriti penduduk Cina bagi memastikan tiada yang bermain mercun sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.
Menurut laporan tersebut, anggota polis berpakaian biasa itu akan menjalankan rondaan tersebut mulai Jumaat ini.
Katanya, mereka yang didapati melakukan kesalahan bermain mercun akan disaman di bawah Seksyen 135 (1G) Akta Barangan Larangan 1967.
Mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dihadapkan ke mahkaman dan dikenakan denda minima RM100.
Isu penggunaan beta-agonist selesai
Nanyang juga melaporkan bahawa kontroversi berhubung penggunaan beta-agonist selesai selepas penternak khinzir bersetuju menandatangani akur-janji untuk tidak menggunakannya.
Beta-agonist dilarang penggunaannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan manusia. Sebelum ini ada penternak yang menggunakan bahan tersebut untuk merangsang proses pembesaran khinzir.
Menurut laporan Nanyang, mereka memberi jaminan tersebut kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.
Sementara itu, Nanyang memetik Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek sebagai berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan peniaga ternakan khinzir untuk medapatkan jaminan mereka bahawa daging khinzir selamat dimakan.

