Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Draf kes Rosmah bocor’- Polis rakam kenyataan hakim Zaini
Diterbitkan:  Sep 2, 2022 5:57 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Polis telah merakamkan kenyataan daripada 10 orang, termasuk seorang hakim Mahkamah Tinggi, untuk membantu siasatan ke atas dakwaan "draf penghakiman" bocor mengenai kes rasuah Rosmah Mansor.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata kenyataan itu diambil daripada kakitangan mahkamah dan hakim Zaini Mazlan, yang mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan semalam membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

"Perkara itu masih dalam siasatan," kata Beh yang dipetik oleh portal FMT, sambil menambah bahawa polis sedang dalam proses mengenal pasti mereka di sebalik kebocoran yang didakwa itu.

Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman webnya dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu bersalah telah pun ditulis.

Pihak pembelaan kemudian memohon untuk melucutkan Zaini daripada membicarakan kes Rosmah, atas hujah bahawa bukan Zaini yang menyiapkan keputusan penghakiman kes, sebaliknya pihak lain bagi dirinya.

Bgaiamanpun, menurut hakim itu, draf penghakiman tersebut adalah pendapat daripada Bahagian Penyelidikan.

Katanya, dua dokumen yang kononnya draf penghakiman kes solar dihadapi Rosmah itu tidak disediakan untuknya atau diminta olehnya.

Justeru, dia tidak pernah membaca pendapat berkenaan dan memaklumkan bahawa dirinya melakukan penyelidikannya sendiri.

Hakim Zaini sereusnya, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah.

Bagiamanpun dia membenarkan penangguhan pelaksanaan pada isteri bekas perdana menteri itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Lihat Komen
ADS