Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korban Covid-19 meningkat 12 lagi, kes baru bertambah 2,245
Diterbitkan:  Sep 23, 2022 9:38 AM
Dikemaskini: 1:38 AM

Sebanyak 2,245 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 4,826,220, manakala jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 25,659.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 581
WP Kuala Lumpur: 523
Perak: 182
Sabah: 178
Negeri Sembilan: 137
Sarawak: 136
Pulau Pinang: 103
Melaka: 91
Kedah: 76
Kelantan: 70
Pahang: 50
Johor: 40
Terengganu: 34
WP Putrajaya: 27
Perlis: 9
WP Labuan: 8

Sementara itu 12 lagi kematian dilaporkan, dengan tujuh daripadanya meninggal di luar kemudahan kesihatan.

Kedah dan Selangor masing-masing mencatat empat kematian, manakala Pahang, Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur merekodkan satu kematian setiap negeri.

Sejak minggu lalu, purata 6.1 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.9.

Dalam perkembangan sama, seramai 1,163 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital termasuk 55 sedang mendapat rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS