Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kawasan kuari Bukit Lagong masih berstatus hutan simpan
Diterbitkan:  Sep 29, 2022 7:52 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Kira-kira 28 peratus daripada Hutan Simpan Bukit Lagong bersedia untuk diusahakan sebagai pusat kuari tanpa tanah di situ perlu dikeluarkan dari rizab berkenaan.

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian.

Katanya semua kelulusan kuari dikeluarkan dalam bentuk lesen kecil mengikut Seksyen 28 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Penggunaan) 1985.

“Status tanah itu kekal sebagai hutan simpan,” kata Hee dalam satu kenyataan hari ini.

Dia yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal Orang Asli menambah gabungan saiz hutan simpan di Selangor hari ini adalah 3.5 peratus lebih besar berbanding 2008.

Hutan Simpan Bukit Lagong terletak di utara Kuala Lumpur. Taman Templer yang terkenal itu terletak di utara hutan berkenaan manakala taman botani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) berada di selatannya.

Bagaimanapun, imej satelit menunjukkan bahawa banyak kawasan kuari beroperasi di bahagian barat.

Hee menjelaskan, terdapat tujuh kuari sedia ada yang diluluskan kerajaan negeri antara 1992 dan 2000 membabitkan keluasan sebanyak 215.64 hektar.

Kelulusan untuk kuari baru dikeluarkan antara 2018 dan 2019.

Kata Hee, kelulusan berkenaan dikeluarkan untuk mengekalkan keperluan bahan binaan di Selangor dan Lembah Klang.

“Kuari baru akan menggantikan kuari lama yang akan dihentikan operasinya pada 2023,” katanya.

Menurut Adun Kajang itu, projek itu dijalankan mengikut syarat dan telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan, termasuk penilaian kesan alam sekitar.

Pemantau alam sekitar, Projek Pendedahan Rimba (RDP) merupakan pihak yang terawal mendedahkan bahawa kerajaan Selangor membenarkan lebih banyak kuari dibangunkan di Bukit Lagong.

Siasatan lanjut oleh Malaysiakini mendapati beberapa syarikat terbabit merupakan agensi yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

Kenyataan dibuat Hee tidak menjelaskan mengapa syarikat milik kerajaan negeri terlibat dalam projek kuari tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS