Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Balik mengundi: Netizen anjur inisiatif kongsi kereta
Diterbitkan:  Oct 11, 2022 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum mengumumkan tarikh PRU15 namun beberapa warga maya telah memulakan insiatif menghadapi pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

Sekumpulan rakyat Malaysia, yang terlibat inisiatif perkongsian kereta semasa PRU14 untuk membawa balik pengundi yang bekerja di seluruh negara dan juga Singapura berkata pihaknya sudah bersedia untuk edisi baru - #CarpoolGE15.

Kemunculan semula inisiatif itu disambut baik oleh netizen, dengan sebahagian daripada mereka bersedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

“Bagaimana saya boleh tolong? Beritahu saya. Perlu susun strategi logistik di kawasan penting.”

Beberapa pengguna Twitter juga enggan melepaskan peluang untuk mengecam pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana mengadakan pilihan raya mengejut semasa musim banjir.

“Mungkin ada kongsi bot juga? Teruk Umno kerana paksa kami #undibanjir.”

Semalam, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14, yang memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.

Lihat Komen
ADS