Najib mahu diwakili peguam UK jika kes SRC didengar semula
Najib Razak masih berusaha untuk meletakkan King's Counsel Jonathan Laidlaw sebagai peguamnya sekiranya rayuannya dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta dibenarkan untuk didengar semula.
Pasukan peguam bekas perdana menteri itu yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah petang tadi mengesahkan pihaknya memohon mendapatkan bantuan peguam yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu.
Shafee berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Najib dengan membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan memerintahkan perbicaraan semula rayuan SRC di hadapan panel hakim berbeza, maka pasukan pembelaan memerlukan kepakaran Laidlaw untuk kes berkenaan.
Dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menafikan permohonan Laidlaw untuk dibenarkan mewakili Najib, warga Britain itu telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara, berikutan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos menafikan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
[Laporan penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/2a050a8b749680fa1e44469f586fb619.jpg)
