Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Pengundi muda Cina perlu buang prejudis pada BN
Diterbitkan:  Oct 25, 2022 4:29 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed mendakwa terdapat permintaan dalam kalangan komuniti perniagaan Cina di Pulai agar dia membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dia tidak yakin golongan pengundi muda Cina akan menyokongnya.

"Nampak macam bersungguh-sungguh komuniti ahli perniagaan Cina ini mahu buat perubahan pada PRU ke-15 nanti.

"Tapi saya masih tak buat keputusan dan kekal dengan pendirian untuk tak bertanding.

"Saya masih belum yakin bahawa orang muda Cina dapat mengikiskan rasa prejudis dan sikap 'tak dapat apa-apa' atau dipinggirkan dari dasar BN walaupun hakikat sebenarnya mereka mendapat peluang untuk pendidikan dan ekonomi yang melimpah namun akhirnya ditolak dan dikhianati sendiri oleh PH (Pakatan Harapan)," katanya di Facebook.

Bekas ahli parlimen Pulai itu berkata demikian mengulas artikel China Press yang melakukan tinjauan pendapat di kalangan pengundi Cina di Pulai yang mahu Nur Jazlan bertanding semula.

Nur Jazlan adalah ahli parlimen kawasan itu dari 2004 sehingga dia tewas pada PRU 2018.

Bapanya, Mohamed Rahmat memegang kerusi itu dari penubuhannya pada 1974 hingga 1999.

Dalam catatannya hari ini, Nur Jazlan berkata bahawa golongan muda Cina mesti sedar bahawa kerakyatan Malaysia akan berharga di usia tua nanti kerana Malaysia merupakan negara yang paling selamat dari segi ekonomi dan politik berbanding negara barat atau jiran kita.

"Tanyalah pada mereka yang sebelum ini berhijrah ke luar negara di mana pada akhirnya mereka kembali semula ke negara ini untuk menghabiskan hari-hari tua dan bersemadi dengan aman.

"Malah kalau kita ambil contoh kes rakyat Malaysia termasuk beberapa orang belia Cina yang jadi mangsa tipu pekerjaan, diseksa dan didera di Kemboja, mereka dibantu dan diselamatkan oleh NGO dengan bantuan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

"Itu antara ribuan bukti bahawa tiada pilih kasih atau diskriminasi kepada sesiapapun warganegara Malaysia," katanya.

Justeru, tegas Nur Jazlan, golongan muda Cina perlu membuang sikap prejudis, rasa dipinggirkan dan buktikan dulu mereka sudah berubah.

Katanya, ini kerana sepanjang BN memerintah setiap kaum mendapatkan hak mereka berdasarkan perlembagaan.

"Malah Umno sendiri kini sudah beradaptasi dengan kehendak semasa dan tak hanya memperjuangkan nasib orang Melayu saja tapi untuk kaum-kaum lain juga.

"Sebab itulah kita kena pilih kerajaan yang stabil, kukuh dan mampu menjamin masa depan yang panjang serta untuk hari tua," katanya.

Satu contoh katanya, penyelamatan belia Cina yang ditipu menjadi buruh paksa di Kemboja juga dilakukan oleh NGO dengan bantuan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Oleh itu, beliau berkata belia Cina mesti menghilangkan perasaan prejudis, atau didiskriminasi, dan membuktikan bahawa mereka telah berubah.

“Sepanjang pemerintahan BN, semua kaum mempunyai hak mereka berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Malah Umno sendiri telah menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa dan tidak lagi memperjuangkan orang Melayu semata-mata, tetapi semua kaum.

“Sebab itu kita mesti memilih kerajaan yang stabil, kukuh, dan mampu memastikan masa depan kita dalam jangka masa panjang, termasuk ketika kita sudah tua,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS