Harga saham KL ditutup rendah mendadak
Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah mendadak hari ini ekoran pembelian lewat ke atas beberapa kaunter utama seperti MISC dan Petronas Gas yang telah membantu mengurangkan kerugian pada awalnya, kata para peniaga.
Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah mendadak hari ini ekoran pembelian lewat ke atas beberapa kaunter utama seperti MISC dan Petronas Gas yang telah membantu mengurangkan kerugian pada awalnya, kata para peniaga.
Pasaran mengalami kerugian besar apabila tekanan jualan berterusan ekoran bursa-bursa Asia dan Wall Street yang lemah, kata para peniaga.
Menurut laporan Bernama, Genting dan Resorts merupakan kaunter yang mengalami kerugian besar.
Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur turun 53.99 mata kepada 1,110.69.
Indeks Papan Kedua rugi 6.45 mata kepada 87.98, Indeks Teknologi merosot 1.36 mata kepada 26.73, Indeks Perusahaan turun 51.33 mata kepada 2,229.37 dan Indeks Kewangan merosot 510.68 mata kepada 9,102.20.
Daripada siri Indeks FTSE-BM, FBM30 rugi 302.01 mata kepada 7,144.38 dan FBMEmas rugi 418.37 mata kepada 7,302.65.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,110 kepada 42, 42 kaunter tidak berubah, 187 kaunter tidak diurus niaga dan 36 kaunter digantung.
Perolehan meningkat kepada 2.617 bilion saham bernilai RM3.589 bilion daripada 1.787 bilion saham bernilai RM2.792 bilion yang dicatatkan Jumaat lalu.
Saham mewah
Antara kaunter aktif, Pan Malaysian Industries-waran merosot dua sen kepada empat sen, Marco-waran merosot 2.5 sen kepada 8.5 sen, Tanco-waran merosot 1.5 sen kepada tiga sen dan PJI Holdings turun 3.5 sen kepada 11.5 sen.
Antara saham mewah, Petronas Gas menokok 10 sen kepada RM8.80, MISC naik 15 sen kepada RM9.10, Genting rugi RM2.50 kepada RM32 dan Resorts merosot RM1 kepada RM13.30.
Volum di Papan Utama meningkat kepada 2.134 bilion saham bernilai RM3.335 bilion daripada 1.377 bilion saham bernilai RM2.538 bilion yang dicatatkan pada hari Jumaat.
Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 140.175 juta unit bernilai RM68.749 juta daripada 166.076 juta unit bernilai RM97.332 juta sebelum ini.
Perolehan Mesdaq meningkat kepada 251.952 juta saham bernilai RM120.908 juta daripada 175.405 juta saham bernilai RM96.270 juta yang dicatatkan pada hari Jumaat.
Perolehan waran panggilan meningkat kepada 90.227 juta unit bernilai RM65.180 juta daripada 68.148 juta unit bernilai RM60.735 juta sebelum ini.
Urusniaga langsung meningkat kepada 103.925 juta saham bernilai RM48.016 juta daripada 65.922 juta saham bernilai RM95.380 juta yang dicatatkan pada hari Jumaat.
Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 44.316 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 178.169 juta, pembinaan 175.693 juta, dagang/perkhidmatan 481.926 juta, teknologi 32.846 juta, prasarana 23.833 juta, kewangan 244.509 juta, hotel 24.178 juta, harta 388.397 juta, perladangan 40.215 juta, perlombongan 875.3 juta, REIT 6.194 juta, tertutup/dana 1.239 juta, ETF 0, pinjaman 492.348 juta dan PN4 Condition 0.

