Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Charles Santiago seru sokong penggantinya
Diterbitkan:  Oct 27, 2022 10:09 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Charles Santiago, penyandang parlimen Klang, menyeru penyokongnya memberi sokongan kepada Adun Kota Kemuning V Ganabatirau, yang dipilih DAP untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan di media sosial untuk penyokongnya, Charles berkata dia yakin Ganabatirau mempunyai impian yang sama untuk kawasan itu dan untuk pengundinya.

“Saya pasti pengganti saya berkongsi impian yang sama untuk negara kita ini. Dan sama seperti saya, dia juga memerlukan sokongan anda.

“Saya tahu ramai kalangan anda kecewa kerana saya tidak bertanding lagi tetapi saya tahu kita lebih baik daripada itu.

“Kita berada pada saat yang genting, di mana setiap undi kita dikira. Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon agar anda mengundi Pakatan Harapan (PH).

“Saya harapkan yang terbaik kepada Ganabatirau Veraman ketika dia berkempen untuk sokongan anda," kata Charles dalam satu kenyataan malam tadi, sejurus selepas DAP mengumumkan keputusan meletakkan Ganabatirau di Klang.

Pengumuman itu menghentikan spekulasi yang telah berlegar sejak beberapa minggu, sama ada Charles akan diberi peluang untuk berkhidmat bagi penggal keempatnya sebagai ahli parlimen Klang.

Beberapa kumpulan akar umbi di Klang sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Charles dan menggesa DAP membenarkan dia mempertahankan kerusinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS