Covid-19: 2,762 kes baru, 4 kematian
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,762 kes baru Covid-19 direkodkan semalam.
Kes aktif kini berjumlah 28,720, meningkat 21.9 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (964)
Kuala Lumpur (709)
Perak (217)
Sabah (126)
Pulau Pinang (104)
Negeri Sembilan (94)
Sarawak (90)
Melaka (82)
Kedah (75)
Kelantan (74)
Pahang (68)
Johor (60)
Putrajaya (54)
Terengganu (30)
Perlis (9)
Labuan (6)
Empat lagi kematian dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,462 kematian direkodkan.
Sebanyak 88 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini berbanding 158 kematian pada bulan lepas dan 247 kematian pada Ogos.
Sementara itu seramai 1,170 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 47 orang daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (121) diikuti Sabah (75) dan Johor (60).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/04ec309f73fae811798caa8568aee81e.jpg)
