Nik Aziz:Polis berhak guna kekerasan untuk mendidik dan pencegahan
Polis boleh menggunakan kekerasan bagi tujuan mendidik dan mencegah golongan tidak bertanggungjawab yang semakin melampau melanggar undang-undang, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Polis boleh menggunakan kekerasan bagi tujuan mendidik dan mencegah golongan tidak bertanggungjawab yang semakin melampau melanggar undang-undang, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tegas beliau, masyarakat tidak boleh menyalahkan polis jika pihak berkuasa itu terpaksa mengambil tindakan yang keras bagi mendidik golongan sedemikian.
"Islam sendiri membenarkan ayah pukul anak, suami pukul isteri dalam masa-masa tertentu. Ia diamalkan di seluruh dunia, jadi bila tengok keadaan yang melampau sangat, budak-budak bawa motosikal tanpa lesen, tak pakai topi keledar seolah-olah mencemuh undang-undang, memang padanlah sekiranya polis guna kekerasan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.
Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Nik Aziz menegaskan pihak polis pula perlu mematuhi batas undang-undang dan tidak boleh bertindak di luar kuasa yang ada pada mereka.
Baru-baru ini, Polis Kelantan mengadakan Ops Didik, satu operasi merampas motosikal milik pelajar di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini dan mengenakan denda sebanyak RM200 terhadap pemilik yang membenarkan pelajar menunggang motosikal tanpa lesen atau tidak memakai topi keledar.
Tindakan pihak polis itu dibantah banyak pihak, khususnya ibu bapa yang tidak berpuashati kerana ia didakwa melampau dan di luar bidang kuasa polis ekoran operasi dilakukan di dalam kawasan sekolah.

