Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar pengerusi mesyuarat khas kabinet kerajaan perpaduan
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 11:56 AM
Dikemaskini: 9:33 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di Putrajaya.

Pada 2 Dis, Anwar mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama itu bermula pukul 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas.

Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS