Sebahagian besar Bajet 2023 boleh diterima - Anwar
Diterbitkan: Dec 5, 2022 4:39 PM
Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet kerajaan perpaduan yang baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 yang sedia ada.
“Saya fikir sebahagian besar (daripada belanjawan itu) boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian bahawa saya akan menentang semua cadangan tersebut.
"Cadangan yang baik kita boleh teruskan,” katanya pada sidang media, hari ini.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/6d6ddfa908fd26ae58d5796b536e09d9.jpg)
