Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
"Perbicaraan adil untuk Najib, RCI ke atas Thomas'
Diterbitkan:  Dec 8, 2022 3:45 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi.

Menjelang mesyuarat malam ini, dia yang juga adalah Adun Rengit menyenaraikan beberapa isu untuk Umno mendesak kerajaan supaya ia segera dilaksanakan.

Ini termasuk memastikan "perbicaraan adil" untuk bekas perdana menteri Najib Razak, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas peguam negara Tommy Thomas (berhubung memoirnya) dan Tabung Haji, mendakwa Hakim Nazlan Mohd Ghazali dan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akthar Aziz serta menangani isu Pulau Batu Puteh.

Nazlan adalah bekas hakim mahkamah tinggi yang mendapati Najib bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya berhubung kes SRC International. Dia kemudiannya dilantiik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Najib, yang menyokong kerajaan gabungan BN-Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Parlimen digantung, sedang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya.

“Malam ini mesyuarat MKT Umno. Ini MKT pertama selepas (presiden Umno) Ahmad Zahid Hamidi, (timbalan presiden) Mohamad Hassan, Zambry Abdul Kadir, Azalina Othamn Said, Khaled Nordin dan Tengku Zafrul Aziz menyertai kabinet (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim.

“MKT Umno mesti kekal sebagai pendorong, check and balance kepada kerajaan. Tiada kompromi,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS